Sunday, February 15, 2009

PROGRAM DERMA DARAH (BLOOD DONATION PROGRAM)












AEON Tebrau City, Johor Bahru-15hb Feb. 2009-Kelab TWISTER telah menyertai program derma darah anjuran Hospital Sultan Ismail, Pandan. Program ini, turut disertai oleh Lion Club JB, telah dijalankan dari pukul 10 pagi hingga 5 petang, di aras 1, pusat membeli belah JUSCO Tebrau City (berhadapan dengan Haris Bookstore) dan bertujuan untuk mengisi tabung darah Hospital Sultan Ismail, Pandan. Demi keperihatinan dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat, seramai 20 ahli Kelab TWISTER bersama-sama dengan penderma-penderma lain, telah menderma darah secara sukarela. Ahli-ahli kelab percaya bahawa setiap darah yang didermakan oleh seorang penderma boleh membantu sehingga tiga orang pesakit yang memerlukan darah dan faktor keperluan darah secara konsisten melebihi dari bekalan yang sedia ada. Pihak kelab ingin mengucapkan terimakasih kepada saudara Pilus dan ahli-ahli kelab kerana berkerja keras untuk menjayakan program derma darah ini... oleh Mahfidz
-
TWISTER club has participated in blood donation program organized by Sultan Ismail Hospital, Pandan. This program which had also been participated by Lion Club of JB, was held at Level 1 (in front Haris Bookstore), JUSCO Tebrau City shopping complex (from 10 am until 5 pm) and intended for topping up the blood bank of Sultan Ismail Hospital, Pandan. As one of our continous commitment and social responsibility, 20 TWISTER club members together with other donors, have voluntarily donated blood. We as a TWISTER club member, believe that blood from one donor could be used by up to three patients who really need them and the fact that the need for blood consistently has exceeded the available supply. TWISTER club would like to thank Mr. Pilus and involved club members who work hard to make this blood donation program successful... written by mahfidz

No comments:

You are Visitor #
Users Online
>