Sunday, February 15, 2009

PROGRAM DERMA DARAH (BLOOD DONATION PROGRAM)












AEON Tebrau City, Johor Bahru-15hb Feb. 2009-Kelab TWISTER telah menyertai program derma darah anjuran Hospital Sultan Ismail, Pandan. Program ini, turut disertai oleh Lion Club JB, telah dijalankan dari pukul 10 pagi hingga 5 petang, di aras 1, pusat membeli belah JUSCO Tebrau City (berhadapan dengan Haris Bookstore) dan bertujuan untuk mengisi tabung darah Hospital Sultan Ismail, Pandan. Demi keperihatinan dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat, seramai 20 ahli Kelab TWISTER bersama-sama dengan penderma-penderma lain, telah menderma darah secara sukarela. Ahli-ahli kelab percaya bahawa setiap darah yang didermakan oleh seorang penderma boleh membantu sehingga tiga orang pesakit yang memerlukan darah dan faktor keperluan darah secara konsisten melebihi dari bekalan yang sedia ada. Pihak kelab ingin mengucapkan terimakasih kepada saudara Pilus dan ahli-ahli kelab kerana berkerja keras untuk menjayakan program derma darah ini... oleh Mahfidz
-
TWISTER club has participated in blood donation program organized by Sultan Ismail Hospital, Pandan. This program which had also been participated by Lion Club of JB, was held at Level 1 (in front Haris Bookstore), JUSCO Tebrau City shopping complex (from 10 am until 5 pm) and intended for topping up the blood bank of Sultan Ismail Hospital, Pandan. As one of our continous commitment and social responsibility, 20 TWISTER club members together with other donors, have voluntarily donated blood. We as a TWISTER club member, believe that blood from one donor could be used by up to three patients who really need them and the fact that the need for blood consistently has exceeded the available supply. TWISTER club would like to thank Mr. Pilus and involved club members who work hard to make this blood donation program successful... written by mahfidz

BICARA TEKNIKAL MINGGU6 (TECHNICAL TALK6)


Wiring Diagram for CTS (Coolant Temperature Sensor) and IAT (Intake Air Temperature Sesor)
COOLANT TEMPERATURE SENSOR (CTS) AND INTAKE AIR TEMPERATURE SENSOR (IAT)

Komposisi-Terdiri dari termistor yang dipasang secara bersiri dengan perintang yang telah ditetapkan nilainya.

Composition- consist of thermistor that is connected in series with fixed value resistor.

Lokasi-CTS terletak pada bahagian laluan sistem penyejuk dan biasanya sebelum thermostat. IAT terletak pada ruang kemasukan angin enjin (intake air) untuk kenderaan yang dilengkapi dengan MAP sensor manakala kenderaan dengan sistem MAF, IAT termasuk sekali dalam sistem MAF.

Location-CTS is positioned in the coolant passage just before the thermostat. IAT is located at the intake air for MAP equipped vehicle while MAF equipped vehicle, IAT is a part of MAF system.

Fungsi utama-CTS mengesan suhu sistem penyejukan enjin dimana suhu ini mewakili keadaan suhu enjin yang sebenar. IAT mengesan suhu udara yang masuk ke ruang pembakaran.

Main function-CTS detects the water temperature in engine whereby this temperature is actually the real temperature for the engine. IAT detects the incoming air stream into the engine.

Cara operasi-CTS dan IAT mendapatkan bekalan voltan 5V dan GND wayar dari ECU. Bila suhu meningkat, rintangan pada CTS & IAT akan menjadi rendah. ECU akan memantau perubahan dalam voltan dalam litar antara perintangan yang telah ditetapkan nilainya dan CTS dan IAT. Signal dari CTS dan IAT akan digunakan oleh ECU untuk mengawal kadar pancitan bahanapi, sistem penyalaan dan lain-lain..... dari mahfidz

Operation method-CTS and IAT receive 5V supply from ECU and its GND wire is also connected to ECU. When coolant or intake air temperature increases, the resistance on CTS and IAT will decrease which means lower voltage. ECU will monitor the change in voltage between fixed value resistor and CTS/IAT. CTS and IAT signal will be used by ECU to control the amount of injected fuel to combustion chamber, ignition timing etc... written by Mahfidz

Thursday, February 5, 2009

PERTANDINGAN "AUTOSHOW" DI BUKIT APING BARAT








Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, 25hb Januari 2009-Sempena Perlancaran Blog Rakan Muda & Mesyuarat Agung Kelab Rakan Muda Kota Tinggi oleh YAB Dato Seri Syed Hamid-Menteri Dalam Negeri Malaysia, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi telah menganjurkan pertandingan "Auto show". Kelab TWISTER telah ditugaskan untuk menjadi pihak urusetia dan pengadil profesional pertandingan tersebut. Sebanyak tiga kategori (Proton, Perodua dan Bebas) telah dipertandingkan dan penghakiman adalah berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia. Pertandingan ini telah menawarkan hadiah berupa wang tunai, piala dan sijil penyertaan.

In conjunction with the launching of Kota Tinggi Rakan Muda Blog and its Annual General Meeting by Home Minister, YAB Dato Seri Syed Hamid, Sport and Youth Office of Kota Tinggi District has organized an AUTOSHOW competition. TWISTER Club, meanwhile, has been appointed as organizing committee and the professional judges for the Autoshow contest. Three categories of car (Proton, Perodua and Open) have been opened for competition and judgment is evaluated based on the criteria determined by the organizing committee. Winners for the autoshow are taking home cash money, trophy and certificate... written by mahfidz

SEMINAR SISWA NIAGA DAN BERSAMA JOHOR CORP









Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor-MARA Johor telah mengadakan seminar Siswa Niaga KPM & KM se Malaysia Kali ke kedua selama 4 hari, dari 16~19/Januari/2009. Beberapa ahli kelab dan usahawan-usahawan Kelab TWISTER telah menghadiri seminar tersebut. Seminar ini diadakan untuk meningkatkan dan memperkasakan bidang keusahawaan dikalangan golongan muda dan bumiputera. Dalam seminar tersebut, sessi bersama dengan Ketua Eksekutif Kumpulan Perbadanan Johor (Johor Corp) telah diadakan dimana CEO Johor Corp, YAB Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim telah menyampaikan perutusan dan kata-kata amanat berkaitan dengan bidang korporat dan keusahawanan. Untuk maklumat, Perbadanan Johor telah berjaya menjadi sebuah korporat yang berjaya dalam bidang perladangan & produk berkaitan kelapa sawit, rangkaian makanan segera KFC, PizzaHut, Ayamas, rangkaian Hospital Specialist di Malaysia dan bidang hartanah (Johor Land, Damansara Realty). Bagi memeriahkan lagi jadual seminar, MARA Kota Tinggi telah mengadakan Mini Ekso Usahawan Mara dimana satu pertandingan karaoke telah diadakan disebelah malam. Seorang peserta dari Kelab TWISTER telah berjaya menjadi juara pertandingan karaoke tersebut dan hadiah kejuaraan telah disampaikan oleh Puan Adina-Pegawai MARA Kota Tinggi.
-
MARA Johor has organised "Seminar Siswa Niaga KPM & KM Se Malaysia Kali Kedua" for 4 days starting on 16~19 January 2009. TWISTER Club's entrepreuners and members have attended the seminar. In the seminar, a session with the CEO of Johor Corporation, YAB Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim was held where CEO had talked about corporate world and entrepreneurships among youth and bumiputras. For information, Johor Corporation has actively engaged in plantation and palm oil products, fast-food chain-KFC, Pizza Hut, Ayamas, Specialist Hospitals in Malaysia and real estate (Johor Land & Damansara Realty). In conjuction with the seminar, MARA Kota Tinggi had organized Mini Expo for MARA Entrepreneurs where one of their activities was conducting "karaoke contest". One of the TWISTER members has won the first prize for the karaoke contest and all prizes were given away by Kota Tinggi MARA Officer, Puan Adina... written by mahfidz

MENDAKI GUNUNG PANTI KOTA TINGGI








Gunung Panti, Kota Tinggi, 16hb Januari 2009-Biro Sukan dan Rekreaksi Kelab TWISTER telah mengadakan aktiviti mendaki, berkhemah dan bermalam di puncak Gunung Panti. Program ini telah diketuai oleh Encik Shahrizan dan beberapa ahli kelab TWISTER serta keluarga telah mengikuti aktiviti pendakian disamping menikmati keindahan fauna dan flora di sekitar Gunung Panti dan kawasan berdekatan. Untuk makluman, Gunung Panti terletak di Daerah Kota Tinggi, Johor dan ianya berada dalam kawasan peranginan Air Terjun Kota Tinggi (Kota Tinggi Waterfall) dan kawasan ini telah menjadi tempat para pelancung asing terutamanya dari Singapura untuk melakukan aktiviti pendakian dan perkhemahan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang aktiviti pendakian dan perkhemahan di Gunung Panti, anda boleh menghubungi Encik Shahrizan (H/P:019-7671062)
-
Sport & Recretional Bureau of TWISTER Club was organizing hiking and night camping activities at Mount Panti. The program was headed by Mr. Shahrizan and had been participated by several club members and their respective families. For your information, Mount Panti is located at Kota Tinggi District, in the state of Johor, Malaysia and sorrounded by forest and well-known Kota Tinggi Waterfall. This area has been popularly frequented by local and foreign tourist particularily singaporean for recreational, mount climbing, hiking, jungle tracking and camping activities. For more information about such activities, please contact Mr. Shahrizan(H/P:019-7671062) for details and arrangement... written by mahfidz
You are Visitor #
Users Online
>