Friday, April 10, 2009

FORMULA ONE PETRONAS GRAND PRIX 2009









Sepang, Kuala Lumpur, 5hb April 2009-Perlumbaan formula satu PETRONAS Grand Prix 2009 terpaksa diberhentikan (red flagged) pada pusingan ke 33 akibat hujan lebat, dentuman kilat dan litar yang digenangi dengan air hujan. Pada peringkat permulaan, pasukan William telah berjaya memintas pasukan BRAWN Mercedes untuk mengetuai perlumbaaan. Semasa perlumbaan, beberapa hentian pit stop telah dilakukan kurang dari 8 saat oleh kesemua pasukan formula satu bagi penukaran tayar basah dan pengisian bahan api. Deruman enjin kereta formula satu yang sungguh menyakitkan telinga (diwajibkan pakai penutup telinga) berpadanan dengan 750HP kuasa kuda yang dijana pada putaran maksima enjin disekitar 18,000 rpm membuatkan kederasan kereta mencecah 360 km/jam pada laluan lurus di hadapan grand stand. Akibat dentuman guruh, kilat dan tompokan awan hitam menjelang senja, persekitaran litar menjadi semakin gelap dan tidak selamat untuk perlumbaan diteruskan. Oleh itu pengarah perlumbaan telah memutuskan untuk menamatkan perlumbaan formula satu mengikut kedudukan sebelum "safety car" dikeluarkan. Akhirnya, Jenson Button dari pasukan BRAWN Mercedes dinobatkan sebagai juara. Tempat kedua Nick Heidfeld dari pasukan BMW Sauber dan tempat ketiga Timo Glock dari pasukan Toyota. Oleh kerana perlumbaan ditamatkan kurang dari 70 peratus dari jarak sebenar, semua pemenang top 8 hanya mendapat separuh dari markah sebenar. Sebagai wakil dari kelab TWISTER, saya ingin mengucapkan berbanyak terimakasih tak terhingga untuk Encik Ahmad Suhaimi Endut dari MOF kerana menyediakan tiket-tiket grandstand dan juga Encik Shamsudin (Penasihat Kelab TWISTER) kerana sama-sama berhujan untuk menyaksikan sukan berteknologi tinggi ini .......mahfidz

Fakta berkaitan Kereta Formula Satu

Enjin berkapasiti 2.4 liter V8 with 32 valves dan Normally aspirated
Kuasa kuda enjin=740HP dan RPM boleh mencecah setinggi 18,000 rpm
Laju maksimum boleh mencecah 360 km/jam
Sistem transmisi terdiri dari karbon fiber clutch yang digerakan secara elektro-hidraulik, semi-otomatik gearbox 6 kelajuan dan beroperasi secara sekuensi serta sistem LSD yang membolehkan roda belakang berputar pada kelajuan berbeza semasa mengambil selekoh.

Teknologi terkini KERS (Kinetic Energy Recovery System) yang digunakan pada kereta Formula Satu
Tenaga kinetik yang terhasil dari proses pembrekan roda belakang akan digunakan untuk memutar alternator/motor yang kemudiannya digunakan untuk mengecas bateri. Tenaga tersimpan dalam bateri ini boleh menambah kuasa kuda sebanyak 80HP atau selama 6.6 saat untuk setiap pusingan. Tenaga ini dilepaskan oleh pemandu dengan cara menekan butang dikokpit dan tenaga ini akan disalurkan semula ke motor untuk menghasilkan "power boost" pada kenderaan formula satu.... mahfidz

No comments:

You are Visitor #
Users Online
>