Sunday, April 19, 2009

BICARA TEKNIKAL MINGGU7 (TECHNICAL TALK7)




Enjin Campro Proton (DOHC 16 valve 1.6L)

Enjin Campro (Cam Profile), dibangunkan oleh Proton dan Lotus, adalah enjin DOHC 16 valve 1.6L di mana enjin berkod S4PH ini boleh menjana kuasa sebanyak 110HP (82kW) pada 6000 rpm dan daya kilas (torque) sebanyak 148 N.m. Untuk meningkatkan lagi kuasa enjin Campro ini, Proton telah memasangkan sistem CPS (Cam Profile Switching) dan teknologi Variable Inlet Manifold (VIM). Konsep CPS pada enjin Campro Proton adalah sama dengan konsep enjin VTEC Honda. Manakala konsep teknologi VIM adalah sama dengan konsep cyclone intake manifold pada enjin Mitsubishi.

Sistem CPS menggunakan camshaft yang mempunyai 2 cam profail yang berbeza dimana satu cam membuka valve lebih rendah dan satu cam membuka valve lebih tinggi dan pertukaran cam profail akan berlaku pada 3800 rpm dan dikawal sepenuhnya oleh ECU (Engin Control Unit). Bukaan valve rendah adalah untuk kelajuan rendah dan sederhana di mana kualiti enjin melalu (indling) dapatkan dikekalkan dan pelepasan asap dapat dikurangkan. Bukaan valve tinggi adalah untuk kelajuan sederhana dan tinggi di mana kuasa kuda (horsepower) dan daya kilasan (torque) dapat dipertingkatkan. Semasa enjin berputar pada kelajuan sederhana dan tinggi, jumlah bahan api yang banyak perlu masuk ke ruang pembakaran bagi meningkatkan kuasa. Jumlah bahan api ini boleh ditingkatkan jika bukaan valve ditinggikan. Sebaliknya semasa enjin berputar pada kelajuan rendah dan sederhana, jumlah bahanapi yang sedikit perlu dimasukan ke ruang pembakaran bagi mengurang kadar pelepasan bahanapi yang tidak terbakar dan menyebabkan pencemaran.

Sistem VIM membenarkan pertukaran diantara intake manifold panjang pada kelajuan rendah dan intake manifold pendek pada kelajuan tinggi. Pertukaran ini berlaku pada 4800 rpm dan dikawal sepenuhnya oleh ECU (Engine Control Unit). Pada kelajuan rendah, intake manifold panjang akan menyebabkan kelajuan udara yang pelahan dan ini membolehkan campuran bahanapi dan udara dapat disempurnakan dengan lebih baik. Pada kelajuan tinggi pula, intake manifold pendek menyebabkan banyak udara boleh masuk untuk membolehkan campuran bahanapi dan udara berada pada takat yang maksima dan akhirnya akan meningkatkan kuasa kuda enjin. Enjin campro (1.6L) yang dipasangkan sistem CPS dan VIM akan dapat kuasa tambahan sebanyak 15HP dan jumlah kuasa kuda adalah 125HP@6000 rpm. Kebiasaanya enjin yang digunakan untuk perlumbaan (racing engine) mempunyai cam profail yang membuka valve lebih tinggi bagi mempertingkatkan kuasa pada kelajuan tinggi. Oleh sebab itu, semasa enjin melalu (idling), putaran enjin boleh berada pada kedudukan 2000 rpm minima.... mahfidz

Campro engine, coded as S4PH and developed by proton and Lotus, is a DOHC 16 valve 1.6 liter engine that could generate 110HP (82kW) at 6000 rpm and 148 N.m of torque.
To boost the maximum power, Proton has fitted CPS and VIM technology on the basic campro engine. CPS in Proton campro is similar to VTEC engine in Honda while VIM technology is similar to cyclone intake manifold in Mitsubishi engine.

The Cam Profile Switching (CPS) system uses a trilobite camshaft to switch between two different cam profiles at 3800 rpm and switching is controlled by ECU. One cam profile provides low valve lift, while the other cam profile has a high valve lift. The low valve lift cam profile is used at low to mid engine speeds to maintain idling quality and reduce emissions, while the high lift cam profile is used when the engine is spinning at mid to high engine speeds improve peak horsepower and torque.

The engine's Variable-length Intake Manifold (VIM) switches between a long intake manifold at low engine speeds and a short intake manifold at higher engine speeds at 4800 rpm and switching is controlled by ECU. Proton is using a longer intake manifold to achieve slower air flow; as they found this promotes better mixing with fuel. The short intake manifold allows more air in faster. This is beneficial at high RPM
Campro engine (1.6L) fitted with CPS and VIM technology could have additional 15HP and the total horsepower achieved is 125HP....mahfidz

1 comment:

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Very informative. Keep up the good work bro. Call me if you are in KL.

You are Visitor #
Users Online
>