Friday, September 2, 2011

PROGRAM SEDEKAH RAMADHAN TAHUN KE 7











Masjid Jamek Al-Mutaqin, Sedili Besar, Tg Sedili Johor- 21hb Sept 2011 (21 Ramadhan 1432H). Bagi menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling, Kelab TWISTER dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Kota Tinggi telah mengadakan Program Sedekah Ramadhan untuk Tahun yang ke 7 di kawasan Sedili Besar. Sebanyak 60 hampers terdiri dari 10kg beras, barang-barang asas dapur (minyak masak, tepong, gula, susu, minuman cokelat, biskut, kueh raya, garam, kicap, sos) dan pakaian telah dapat diberikan kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim, kurang upaya, ibu-ibu tunggal dan warga tua. Ahli-ahli Kelab TWISTER, anggota-anggota ABIM Kota Tinggi bersama rombongan, dibantu oleh Iman dan AJK Masjid telah melakukan penyerahan hamper tersebut. Majlis penyerahan dilakukan selepas solat zohor dan dimulai dengan ucapan Pengerusi Masjid, Pengarah Program dan tazkirah ramadhan. Sekali lagi Kelab TWISTER ingin mengucapkan berbanyak terimakasih kepada Pengerusi Masjid Jamek Al-Mutaqin bersama dengan AJK dan anggota ABIM Kota Tinggi kerana sudi untuk sama-sama menjayakan program sedekah ramadhan kali ini. Akhir sekali, seluruh ahli Kelab TWISTER ingin mengucapkan ribuan terimakasih tak terhingga kepada semua penderma-penderma untuk program ini terutamanya para dermawan dari Kumpulan Auw Jakan Kg Felda Air Tawar 4 dan semoga sedekah kalian diberkati dan dirahmati oleh Allah. Amin----Mahfidz

No comments:
Newer Posts Older Posts Home
You are Visitor #
Users Online
>