Saturday, November 7, 2009

PROGRAM SEDEKAH RAMADHAN TAHUN KE 5














Kg Tanjung Buai, Kota Tinggi-13hb Sept 2009. Bagi menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling, Kelab TWISTER telah mengadakan Program Sedekah Ramadhan Tahun ke 5 di Kg Tanjung Buai. Sebanyak 50 hampers terdiri dari beras dan barang-barang asas dapur telah dapat diberikan kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim, kurang upaya, ibu-ibu tunggal dan warga tua. Ahli-ahli Kelab TWISTER, dibantu oleh Ketua Kampung Tg Buai telah melakukan penyerahan hamper dari rumah ke rumah. Sekali lagi Kelab TWISTER ingin mengucapkan terimakasih kepada Ketua Kg Tanjung Buai kerana sudi untuk sama-sama menjayakan program sedekah ramadhan kali ini. Akhir sekali, seluruh ahli Kelab TWISTER ingin mengucapkan ribuan terimakasih tak terhingga kepada semua penderma-penderma untuk program ini dan semoga sedekah kalian diberkati dan dirahmati oleh Allah. Amin----Mahfidz
You are Visitor #
Users Online
>