Thursday, February 5, 2009

SEMINAR SISWA NIAGA DAN BERSAMA JOHOR CORP









Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor-MARA Johor telah mengadakan seminar Siswa Niaga KPM & KM se Malaysia Kali ke kedua selama 4 hari, dari 16~19/Januari/2009. Beberapa ahli kelab dan usahawan-usahawan Kelab TWISTER telah menghadiri seminar tersebut. Seminar ini diadakan untuk meningkatkan dan memperkasakan bidang keusahawaan dikalangan golongan muda dan bumiputera. Dalam seminar tersebut, sessi bersama dengan Ketua Eksekutif Kumpulan Perbadanan Johor (Johor Corp) telah diadakan dimana CEO Johor Corp, YAB Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim telah menyampaikan perutusan dan kata-kata amanat berkaitan dengan bidang korporat dan keusahawanan. Untuk maklumat, Perbadanan Johor telah berjaya menjadi sebuah korporat yang berjaya dalam bidang perladangan & produk berkaitan kelapa sawit, rangkaian makanan segera KFC, PizzaHut, Ayamas, rangkaian Hospital Specialist di Malaysia dan bidang hartanah (Johor Land, Damansara Realty). Bagi memeriahkan lagi jadual seminar, MARA Kota Tinggi telah mengadakan Mini Ekso Usahawan Mara dimana satu pertandingan karaoke telah diadakan disebelah malam. Seorang peserta dari Kelab TWISTER telah berjaya menjadi juara pertandingan karaoke tersebut dan hadiah kejuaraan telah disampaikan oleh Puan Adina-Pegawai MARA Kota Tinggi.
-
MARA Johor has organised "Seminar Siswa Niaga KPM & KM Se Malaysia Kali Kedua" for 4 days starting on 16~19 January 2009. TWISTER Club's entrepreuners and members have attended the seminar. In the seminar, a session with the CEO of Johor Corporation, YAB Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim was held where CEO had talked about corporate world and entrepreneurships among youth and bumiputras. For information, Johor Corporation has actively engaged in plantation and palm oil products, fast-food chain-KFC, Pizza Hut, Ayamas, Specialist Hospitals in Malaysia and real estate (Johor Land & Damansara Realty). In conjuction with the seminar, MARA Kota Tinggi had organized Mini Expo for MARA Entrepreneurs where one of their activities was conducting "karaoke contest". One of the TWISTER members has won the first prize for the karaoke contest and all prizes were given away by Kota Tinggi MARA Officer, Puan Adina... written by mahfidz

No comments:

You are Visitor #
Users Online
>