Kg Tanjung Buai, Kota Tinggi-13hb Sept 2009. Bagi menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling, Kelab TWISTER telah mengadakan Program Sedekah Ramadhan Tahun ke 5 di Kg Tanjung Buai. Sebanyak 50 hampers terdiri dari beras dan barang-barang asas dapur telah dapat diberikan kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim, kurang upaya, ibu-ibu tunggal dan warga tua. Ahli-ahli Kelab TWISTER, dibantu oleh Ketua Kampung Tg Buai telah melakukan penyerahan hamper dari rumah ke rumah. Sekali lagi Kelab TWISTER ingin mengucapkan terimakasih kepada Ketua Kg Tanjung Buai kerana sudi untuk sama-sama menjayakan program sedekah ramadhan kali ini. Akhir sekali, seluruh ahli Kelab TWISTER ingin mengucapkan ribuan terimakasih tak terhingga kepada semua penderma-penderma untuk program ini dan semoga sedekah kalian diberkati dan dirahmati oleh Allah. Amin----Mahfidz
Saturday, November 7, 2009
Wednesday, September 2, 2009
BICARA TEKNIKAL MINGGU8 - UNLEAD PETROL RON 95 AND RON 97
Starting on 1st September 2009, two grades of petrol will be sold at petro station throughout the country. RON 95 will be sold at RM1.80/liter while RON 97, on the other hand, will be sold at RM2.05/liter. For your information, RON (Research Octane Number) is the octane rating of unleaded petrol which tells you how much the petrol can be compressed before it spontaneously ignites. When gas ignites by compression rather than because of the spark from the spark plug, it causes KNOCKING in the engine. KNOCKING can severly damage an engine. More higher the octane number, more resistant the fuel to pre-ignition. For high performance engine (high compression ratio) such as TURBO charged engine, RON 97 is extremely required to increase horsepower and engine efficiency. For normally aspirated car either equipped with "knock sensor" or not, can use both RON 95 and RON 97. Make sure you fill up petrol into your tank with appropriate Octane Number. If you are in doubt, check your car manual, or the information stated at the back of fuel cap or refer to your mechanic. The wrong use of petrol will degrade your engine performance and efficiency.....Mahfidz
Mulai 1hb September 2009, terdapat 2 jenis petrol yang akan dijual di stesen minyak di seluruh negara. RON 95 dijual pada harga RM1.80 per liter manakala RON 97 dijual pada harga RM2.05 per liter. Untuk pengetahuan, RON (Research Octane Number) adalah oktan rating untuk petrol tanpa plumbum yang boleh dimampatkan sebelum terbakar secara spontan (secara tidak dirancang). Bila petrol terbakar secara mampatan dan bukan kerana api dari palam pencucuh, ia akan menyebabkan "KNOCKING". Knocking boleh merosakan enjin dengan teruk. Makin tinggi nombor oktan, makin susah bagi petrol untuk terbakar secara mampatan ( terbakar secara tak dirancang). Untuk enjin kereta berkuasa tinggi dengan nisbah mampatan yang tinggi (seperti injin berkuasa TURBO), petrol RON 97 adalah sangat diperlukan untuk meningkatkan kuasa kuda dan kecekapan enjin. Untuk normal aspirated enjin (sama ada dipasang "knock sensor" atau tidak) boleh menggunakan kedua-dua petrol RON 95 dan RON 97. Pastikan anda menuang petrol yang sesuai dengan enjin kereta anda. Jika anda tak pasti, rujuk kepada buku manual kenderaan anda atau lihat maklumat di belakang penutup tangki petrol kenderaan anda atau hubungi mekanik anda. Penggunaan petrol dengan oktan rating yang salah akan menjejaskan prestasi dan kecekapan enjin kenderaan anda.........Mahfidz

Wednesday, July 8, 2009
PERTANDINGAN AUTOSHOW SEMPENA KARNIVAL RAKYAT TENGGARA
Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, Johor, 28hb Jun 2009 - Kelab TWISTER bersama dengan Jawatankuasa Penyelaras Mukim DUN Panti dan DUN Pasir Raja telah menganjurkan pertandingan "Autoshow" sempena sambutan Karnival Rakyat Tenggara. Seramai 20 buah kereta, dari pelbagai jenama, telah turut serta dalam pertandingan tersebut yang terdiri dari kategori kereta PROTON, PERODUA, TERBUKA dan MOTORSIKAL. Dalam pertandingan ini juga para peserta telah mempamerkan kehebatan bunyi audio kereta masing-masing disamping seni "airbrush" pada luaran dan dalaman kereta dan pertunjukan Eksos berapi. Kesemua pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga dari 4 kategori, masing-masing menerima wang tunai RM160, RM120, RM80 dan sijil penyertaan. Hadiah-hadiah pemenang telah disampaikan oleh YB Dr. Adham Baba, ADUN Pasir Raja. Terimakasih kepada semua ahli-ahli Kelab TWISTER yang terlibat dalam show ini .... mahfidz
PERTANDINGAN BINA BADAN MR IOI/JOHOR 2009
IOI Mall, Kulai, 14hb Jun 2009-Satu pertandingan sukan bina badan Mr IOI/Johor anjuran IOI Mall dan Persatuan Bina Badan Badan Johor telah diadakan di IOI Mall Kulai dan pertandingan ini melibatkan perserta antarabangsa dan tempatan. Ultra Gym dari Bandar Kota Tinggi telah menghantar beberapa peserta dalam pertandingan tersebut. Beberapa Ahli kelab TWISTER telah turut serta dalam memberi sokongan moral kepada Ultra Gym.
Monday, May 11, 2009
TWISTER FARM DI EKSPO PERDAGANGAN BELI BARANGAN MALAYSIA
Pusat Konvension Persada Johor, Johor Bahru, 6hb ~ 10hb Mei 2009-Ekspo Perdagangan Beli Barangan Malaysia, anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Peringkat Negeri Johor telah dirasmikan oleh YB Dato' Tan Lian Hoe, Timb. Menteri KPDNHEP. TWISTER FARM telah turut serta dalam ekspo ini dengan menengahkan produk-produk berkaitan dengan ternakan ayam kampung tulen & organik dan tanaman hidroponik. TWISTER FARM adalah salah satu syarikat dalam naungan Biro Ekonomi dan Keusahawanan Kelab TWISTER. TWISTER FARM menjalankan aktiviti perniagaan berkaitan dengan ternakan ayam kampung tulen & organik, akuakultur dan tanaman hidroponik. Aktiviti-aktiviti utama termasuklah membekal & membaikpulih mesin eraman (inkubator), penetasan (hatchery), pembekalan anak ayam kampung, telor & produk ayam kampung dan penyediaan latihan berkaitan dengan ternakan ayam kampung tulen & organik. Selain itu, TWISTER FARM juga terlibat dalam pembekalan peralatan dan aktiviti tanaman hidroponik dan juga aktiviti akuakultur seperti ternakan ikan keli bio. Jika anda berminat atau untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Encik Muhamad Nazri (HP: 013-7236085) atau Encik Hairul (019-7746415) atau Encik Hamid (HP: 016-7704499) atau e-mail: twister.farm@yahoo.com.my untuk khidmat pakar runding, tempahan atau lawatan ke tapak projek TWISTER FARM.... mahfidz
Saturday, May 9, 2009
SUMBANGAN KEPADA AJK KUARTER HOSPITAL SULTAN ISMAIL, JOHOR
Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, 9hb Mei 2009- Sebagai golongan yang sentiasa perihatin kepada aktiviti sosial dan kemasyarakatan, Kelab TWISTER, melalui TWISTER Farm dan Biro Agama, Sosial & Kemasyarakatan Kelab TWISTER, telah menyumbangkan produk ayam kampong kepada Dr. Mohamad Haslan, Pengerusi AJK Kuarter Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru sempena majlis sambutan Maulidur Rasul 1430H anjuran Kuarter HSI. Menurut Dr. Mohamad Haslan, sambutan Maulidur Rasul ini adalah acara tahunan untuk semua penghuni Kuarter Hospital Sultan Ismail. Diharapkan hubungan yang lebih erat akan dapat dijalin diantara Kelab TWISTER dan AJK Kuarter HSI supaya lebih banyak lagi aktiviti berfaedah boleh dilaksanakan bersama dimasa-masa akan datang. Terimakasih kepada semua ahli TWISTER yang terlibat dalam program ini..... mahfidz
Sunday, April 19, 2009
BICARA TEKNIKAL MINGGU7 (TECHNICAL TALK7)
Enjin Campro Proton (DOHC 16 valve 1.6L)
Enjin Campro (Cam Profile), dibangunkan oleh Proton dan Lotus, adalah enjin DOHC 16 valve 1.6L di mana enjin berkod S4PH ini boleh menjana kuasa sebanyak 110HP (82kW) pada 6000 rpm dan daya kilas (torque) sebanyak 148 N.m. Untuk meningkatkan lagi kuasa enjin Campro ini, Proton telah memasangkan sistem CPS (Cam Profile Switching) dan teknologi Variable Inlet Manifold (VIM). Konsep CPS pada enjin Campro Proton adalah sama dengan konsep enjin VTEC Honda. Manakala konsep teknologi VIM adalah sama dengan konsep cyclone intake manifold pada enjin Mitsubishi.
Sistem CPS menggunakan camshaft yang mempunyai 2 cam profail yang berbeza dimana satu cam membuka valve lebih rendah dan satu cam membuka valve lebih tinggi dan pertukaran cam profail akan berlaku pada 3800 rpm dan dikawal sepenuhnya oleh ECU (Engin Control Unit). Bukaan valve rendah adalah untuk kelajuan rendah dan sederhana di mana kualiti enjin melalu (indling) dapatkan dikekalkan dan pelepasan asap dapat dikurangkan. Bukaan valve tinggi adalah untuk kelajuan sederhana dan tinggi di mana kuasa kuda (horsepower) dan daya kilasan (torque) dapat dipertingkatkan. Semasa enjin berputar pada kelajuan sederhana dan tinggi, jumlah bahan api yang banyak perlu masuk ke ruang pembakaran bagi meningkatkan kuasa. Jumlah bahan api ini boleh ditingkatkan jika bukaan valve ditinggikan. Sebaliknya semasa enjin berputar pada kelajuan rendah dan sederhana, jumlah bahanapi yang sedikit perlu dimasukan ke ruang pembakaran bagi mengurang kadar pelepasan bahanapi yang tidak terbakar dan menyebabkan pencemaran.
Sistem VIM membenarkan pertukaran diantara intake manifold panjang pada kelajuan rendah dan intake manifold pendek pada kelajuan tinggi. Pertukaran ini berlaku pada 4800 rpm dan dikawal sepenuhnya oleh ECU (Engine Control Unit). Pada kelajuan rendah, intake manifold panjang akan menyebabkan kelajuan udara yang pelahan dan ini membolehkan campuran bahanapi dan udara dapat disempurnakan dengan lebih baik. Pada kelajuan tinggi pula, intake manifold pendek menyebabkan banyak udara boleh masuk untuk membolehkan campuran bahanapi dan udara berada pada takat yang maksima dan akhirnya akan meningkatkan kuasa kuda enjin. Enjin campro (1.6L) yang dipasangkan sistem CPS dan VIM akan dapat kuasa tambahan sebanyak 15HP dan jumlah kuasa kuda adalah 125HP@6000 rpm. Kebiasaanya enjin yang digunakan untuk perlumbaan (racing engine) mempunyai cam profail yang membuka valve lebih tinggi bagi mempertingkatkan kuasa pada kelajuan tinggi. Oleh sebab itu, semasa enjin melalu (idling), putaran enjin boleh berada pada kedudukan 2000 rpm minima.... mahfidz
Campro engine, coded as S4PH and developed by proton and Lotus, is a DOHC 16 valve 1.6 liter engine that could generate 110HP (82kW) at 6000 rpm and 148 N.m of torque.
To boost the maximum power, Proton has fitted CPS and VIM technology on the basic campro engine. CPS in Proton campro is similar to VTEC engine in Honda while VIM technology is similar to cyclone intake manifold in Mitsubishi engine.
The Cam Profile Switching (CPS) system uses a trilobite camshaft to switch between two different cam profiles at 3800 rpm and switching is controlled by ECU. One cam profile provides low valve lift, while the other cam profile has a high valve lift. The low valve lift cam profile is used at low to mid engine speeds to maintain idling quality and reduce emissions, while the high lift cam profile is used when the engine is spinning at mid to high engine speeds improve peak horsepower and torque.
The engine's Variable-length Intake Manifold (VIM) switches between a long intake manifold at low engine speeds and a short intake manifold at higher engine speeds at 4800 rpm and switching is controlled by ECU. Proton is using a longer intake manifold to achieve slower air flow; as they found this promotes better mixing with fuel. The short intake manifold allows more air in faster. This is beneficial at high RPM
Campro engine (1.6L) fitted with CPS and VIM technology could have additional 15HP and the total horsepower achieved is 125HP....mahfidz

Tuesday, April 14, 2009
PERTANDINGAN AUTOSHOW SEMPENA KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR 2009
Bandar Kota Tinggi, Johor, 12hb April 2009 - Kelab TWISTER bersama dengan Pejabat Daerah Kota Tinggi & Majlis Daerah Kota Tinggi telah menganjurkan pertandingan "Autoshow" sempena sambutan hari keputeraan DYMM Sultan Johor. Seramai 35 buah kereta, dari pelbagai jenama, telah turut serta dalam pertandingan tersebut yang terdiri dari kategori kereta PROTON, PERODUA, TERBUKA dan EXTREME. Dalam pertandingan ini juga para peserta telah mempamerkan kehebatan bunyi audio kereta masing-masing disamping seni "airbrush" pada luaran dan dalaman kereta. Kesemua pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga dari 4 kategori, masing-masing menerima wang tunai RM150, RM100, RM50, hamper dan sijil penyertaan. Hadiah-hadiah pemenang telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi. Lapuran berita-> Sila layari KOSMO bertarikh 15/April/2009-->Komuniti Kita-->Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor Meriah.... mahfidz
In conjuction with DYMM Sultan Johor birthday's celebration, TWISTER Club together with Kota Tinggi District Office & Kota Tinggi Town Council, have organized an AUTOSHOW competition. The competition which offers 4 categories of car-PROTON, PERODUA, OPEN & EXTREME, has attracted 35 car participations from different automotive brands. The competition area was sorrounded and blasted by chaotic and streaming sounds coming from some participating cars which had been installed and equipped with the most sosphisticated audio & video systems. The winners (1,2,3) from all categories had received cash money (RM150, RM100, RM50), hampers dan certificate respectively from the Kota Tinggi District Officer... mahfidz
Subscribe to:
Posts (Atom)