Wednesday, July 8, 2009

PERTANDINGAN AUTOSHOW SEMPENA KARNIVAL RAKYAT TENGGARA













Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, Johor, 28hb Jun 2009 - Kelab TWISTER bersama dengan Jawatankuasa Penyelaras Mukim DUN Panti dan DUN Pasir Raja telah menganjurkan pertandingan "Autoshow" sempena sambutan Karnival Rakyat Tenggara. Seramai 20 buah kereta, dari pelbagai jenama, telah turut serta dalam pertandingan tersebut yang terdiri dari kategori kereta PROTON, PERODUA, TERBUKA dan MOTORSIKAL. Dalam pertandingan ini juga para peserta telah mempamerkan kehebatan bunyi audio kereta masing-masing disamping seni "airbrush" pada luaran dan dalaman kereta dan pertunjukan Eksos berapi. Kesemua pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga dari 4 kategori, masing-masing menerima wang tunai RM160, RM120, RM80 dan sijil penyertaan. Hadiah-hadiah pemenang telah disampaikan oleh YB Dr. Adham Baba, ADUN Pasir Raja. Terimakasih kepada semua ahli-ahli Kelab TWISTER yang terlibat dalam show ini .... mahfidz

No comments:

You are Visitor #
Users Online
>