Saturday, December 27, 2008

MESYUARAT KELAB TWISTER




Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi-27hb Disember 2008-Kelab TWISTER telah mengadakan mesyuarat AJK bagi membincangkan rancangan Kelab untuk Tahun 2009. Setiap biro telah membentangkan dan membincangkan dengan terperinci beberapa aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2009. Biro Penerangan, Teknologi Maklumat dan Teknikal akan mengadakan kursus-kursus berkaitan dengan alam pekerjaan dan menyediakan rencana-rencana yang bersesuaian di laman blog kelab. Biro Sukan, Rekreasi dan Pameran akan mengadakan hari bersama keluarga Kelab TWISTER dan menyertai pameran automotif. Biro Sosial, Agama dan Kemasyarakatan akan meneruskan kelas Al Quran, Kursus Sembelihan dan Jenazah disamping aktiviti tahunan kelab seperti Sedekah Ramadhan, Tadarus & Khatam Al Quran dan Ibadah Korban. Biro Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan bercadang untuk mengadakan sessi ceramah motivasi di sekolah-sekolah di Daerah Kota Tinggi. Biro Ekonomi dan Keusahawanan akan mengenalpasti potensi perniagaan baru dan mempertingkatkan aktiviti perekonomian yang sedia ada dikalangan ahli. Dalam mesyuarat ini juga, setiap ahli Kelab TWISTER digalakan untuk melayari internet dengan lebih kerap lagi bagi mendapatkan ilmu pengetahuan baru disamping memperkembangkan lagi budaya "internet" seperti mana yang diharapkan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Setiausaha Kelab menyatakan bahawa pendaftaran ahli baru dan sebarang pertanyaan boleh dilakukan secara ONLINE pada laman blog Kelab TWISTER. Presiden kelab, akhirnya, mengingatkan semua ahli untuk bersatu padu, memberi komitmen dan sokongan dan sentiasa berkerjasama bagi memajukan lagi kelab terutamanya dalam aktiviti perekonomian ahli-ahlinya. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:30 petang... mahfidz

No comments:

You are Visitor #
Users Online
>