MENGENALI SISTEM PANCITAN BAHAN API (FUEL INJECTION)
Untuk mengurangkan kesan pencemaran akibat pembakaran bahanapi dan mempertingkatkan prestasi enjin pada takat optimum dengan kadar penggunaan petrol yang rendah, sistem pancitan bahanapi yang dikawal oleh komputer telah diperkenalkan pada semua jenis kenderaan. Sistem pancitan bahanapi terdiri dari 3 komponen utama iaitu INPUT yang terdiri dari sensor (alat pengesan), Unit Kawalan (ECU) dan OUTPUT yang terdiri dari relays, actuator, injectors, solenoid valve dll. Sensor adalah alat pengesan yang memberi maklumat berkaitan fungsi enjin kepada Unit Kawalan (ECU). Contoh input adalah air flow sensor (AFS), crank angle sensor (CAS), coolant temperature sensor (CTS), throttle position sensor (TPS), manifold absolute pressure (MAP), vehicle speed sensor (VSS) dan lain-lain. Alat pengesan ini menyediakan maklumat berkaitan dengan beban, suhu & rpm enjin, kedudukan throttle plate dan lain-lain lagi dan maklumat ini akan diberikan pada Unit Kawalan (ECU) untuk dianalisa dan diproses sebelum OUTPUT signal dapat dikeluarkan untuk mengerakan actuator,relay, solenoid valve, injector dalam jangkamasa yang telah ditetapkan oleh Unit Kawalan (ECU). Oleh kerana Unit Kawalan (ECU) adalah mahal dan ianya terdiri dari komponen-komponen elektronik, ianya sangat sensitif kepada elektrik statik. Sebelum anda memegang Unit Kawalan (ECU), pastikan tangan anda telah dibumikan (grounded) pada metal chasis untuk membuang semua elektrik statik dari badan anda. Pada Minggu 2, Bicara Teknikal akan membincangkan alat-alat pengesan (sensor) utama yang digunakan pada kenderaan sistem pancitan bahanapi dengan lebih terperinci lagi..... dari Mahfidz
No comments:
Post a Comment