Wednesday, December 31, 2008

BICARA TEKNIKAL MINGGU2

Blok Diagram & Photo Crank Angle Sensor


CRANK ANGLE SENSOR (CAS)

Komposisi-CAS terdiri dari TDC (top dead center) sensor dan RPM sensor yang mengunakan keadah Hall-effect atau magnetik.

Lokasi-Terletak pada bahagian camshaft atau crankshaft enjin kereta

Fungsi utama-memantau rpm enjin dan sudut crank (kedudukan piston) pada setiap masa.

Cara operasi-mendapat voltan 5V, sebagai rujukan signal, dari ECU dan kemudian menghasilkan square-wave signal (ON & OFF). Signal ini dihantar ke ECU untuk mengawal sistem penyalaan, pancitan bahanapi dan pergerakan sistem transmisi automatik.... dari mahfidz

Saturday, December 27, 2008

MESYUARAT KELAB TWISTER




Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi-27hb Disember 2008-Kelab TWISTER telah mengadakan mesyuarat AJK bagi membincangkan rancangan Kelab untuk Tahun 2009. Setiap biro telah membentangkan dan membincangkan dengan terperinci beberapa aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2009. Biro Penerangan, Teknologi Maklumat dan Teknikal akan mengadakan kursus-kursus berkaitan dengan alam pekerjaan dan menyediakan rencana-rencana yang bersesuaian di laman blog kelab. Biro Sukan, Rekreasi dan Pameran akan mengadakan hari bersama keluarga Kelab TWISTER dan menyertai pameran automotif. Biro Sosial, Agama dan Kemasyarakatan akan meneruskan kelas Al Quran, Kursus Sembelihan dan Jenazah disamping aktiviti tahunan kelab seperti Sedekah Ramadhan, Tadarus & Khatam Al Quran dan Ibadah Korban. Biro Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan bercadang untuk mengadakan sessi ceramah motivasi di sekolah-sekolah di Daerah Kota Tinggi. Biro Ekonomi dan Keusahawanan akan mengenalpasti potensi perniagaan baru dan mempertingkatkan aktiviti perekonomian yang sedia ada dikalangan ahli. Dalam mesyuarat ini juga, setiap ahli Kelab TWISTER digalakan untuk melayari internet dengan lebih kerap lagi bagi mendapatkan ilmu pengetahuan baru disamping memperkembangkan lagi budaya "internet" seperti mana yang diharapkan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Setiausaha Kelab menyatakan bahawa pendaftaran ahli baru dan sebarang pertanyaan boleh dilakukan secara ONLINE pada laman blog Kelab TWISTER. Presiden kelab, akhirnya, mengingatkan semua ahli untuk bersatu padu, memberi komitmen dan sokongan dan sentiasa berkerjasama bagi memajukan lagi kelab terutamanya dalam aktiviti perekonomian ahli-ahlinya. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:30 petang... mahfidz

PREVIEW & KAEDAH ASTRONUMEROLOGI DINAMIK DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI





Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi-27hb Disember 2008-Kelab TWISTER telah menganjurkan seminar "Previu & Pengisian Menangani Krisis Ekonomi Menggunakan Potensi Diri Secara Kaedah Astronumerologi Dinamik" bermula pada pukul 9 pagi. Seminar ini adalah sambungan dari seminar Keadah Metafizik yang lepas. Para peserta didedahkan tentang Rajah Segitiga, Pola nombor, root nombor, kitaran tahunan dan kewangan, arah dan graf hayat. Selepas seminar, para peserta sudah boleh membuat strategi, mengenalpasti masalah, menaiktaraf, membetulkan halatuju kehidupan masing-masing dengan lebih berkesan. Dalam sessi konsultansi bersama Encik Eddy Rosyadie, para peserta diterangkan berkaitan dengan geraf hayat.

MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI



Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi-7hb Disember 2008-Sambutan hari jadi pertama adik Aisya Insyirah bte Zainudin, anak perempuan kepada Bendahari Kelab TWISTER, telah dijalankan dengan penuh keceriaan dan disajikan dengan pelbagai jenis juadah. Beberapa ahli kelab, termasuk Presiden kelab telah hadir dalam majlis tersebut.

Thursday, December 25, 2008

BICARA TEKNIKAL MINGGU1


Blok Diagram Sistem Pancitan Bahanapi Kereta

MENGENALI SISTEM PANCITAN BAHAN API (FUEL INJECTION)

Untuk mengurangkan kesan pencemaran akibat pembakaran bahanapi dan mempertingkatkan prestasi enjin pada takat optimum dengan kadar penggunaan petrol yang rendah, sistem pancitan bahanapi yang dikawal oleh komputer telah diperkenalkan pada semua jenis kenderaan. Sistem pancitan bahanapi terdiri dari 3 komponen utama iaitu INPUT yang terdiri dari sensor (alat pengesan), Unit Kawalan (ECU) dan OUTPUT yang terdiri dari relays, actuator, injectors, solenoid valve dll. Sensor adalah alat pengesan yang memberi maklumat berkaitan fungsi enjin kepada Unit Kawalan (ECU). Contoh input adalah air flow sensor (AFS), crank angle sensor (CAS), coolant temperature sensor (CTS), throttle position sensor (TPS), manifold absolute pressure (MAP), vehicle speed sensor (VSS) dan lain-lain. Alat pengesan ini menyediakan maklumat berkaitan dengan beban, suhu & rpm enjin, kedudukan throttle plate dan lain-lain lagi dan maklumat ini akan diberikan pada Unit Kawalan (ECU) untuk dianalisa dan diproses sebelum OUTPUT signal dapat dikeluarkan untuk mengerakan actuator,relay, solenoid valve, injector dalam jangkamasa yang telah ditetapkan oleh Unit Kawalan (ECU). Oleh kerana Unit Kawalan (ECU) adalah mahal dan ianya terdiri dari komponen-komponen elektronik, ianya sangat sensitif kepada elektrik statik. Sebelum anda memegang Unit Kawalan (ECU), pastikan tangan anda telah dibumikan (grounded) pada metal chasis untuk membuang semua elektrik statik dari badan anda. Pada Minggu 2, Bicara Teknikal akan membincangkan alat-alat pengesan (sensor) utama yang digunakan pada kenderaan sistem pancitan bahanapi dengan lebih terperinci lagi..... dari Mahfidz

KARNIVAL JOM INTERNET




Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi-29hb November 2008-Kelab TWISTER telah menghantar beberapa orang ahli ke Karnival Jom Internet yang dianjurkan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat luar bandar tentang penggunaan internet di dalam kehidupan seharian. Selaras dengan itu, Kelab TWISTER, melalui biro Penerangan, Teknologi Maklumat dan Teknikal, sentiasa berusaha untuk memberi penerangan, maklumat dan latihan kepada ahli-ahlinya untuk lebih celik dan peka kepada penggunaan internet.

Thursday, December 18, 2008

KURSUS METAFIZIK









Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi-14hb. Disember 2008-Kelab TWISTER telah menganjurkan kursus metafizik -keadah mengenali potensi diri, kehidupan, kejayaan dan perniagaan melalui nama, tarikh lahir dan waktu lahir. Kursus ini telah diberikan oleh Encik Eddy Rosyadie seorang pakar perancangan kehidupan dari Kuala Lumpur. Seramai 23 peserta telah hadir dalam kursus yang telah berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Program ini julung kali diadakan di Daerah Kota Tinggi dan para perserta sangat berpuashati terhadap kaedah yang diguna pakai dalam merancang kehidupan masing-masing. Kelab TWISTER seterusnya akan menganjurkan program seperti ini dimasa-masa akan datang secara kerap.

Saturday, December 13, 2008

IBADAH KORBAN 1429H/2008









Kg. Sungai Sembilang, Kota Tinggi-8hb. Disember 2008-Kelab TWISTER telah melakukan ibadah korban, melalui ahli-ahlinya, dengan menyembelih 2 ekor lembu. Walaupun cuaca dibasahi dengan hujan renyai-renyai sepanjang hari, ibadah korban telah dapat disempurnakan dengan kerjasama dari JKK Kampong Sg. Sembilang. Daging-daging korban kemudian telah diagih-agihkan kepada golongan miskin disekitar Telok Sengat. Sekali lagi, Kelab TWISTER ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada JKK Kampong Sg. Sembilang kerana sudi untuk menjadi hos ibadah korban tahun ini dan sama-sama menyembelih, melapah dan membungkus daging-daging korban...by mahfidz

Sunday, December 7, 2008

MAJLIS PERKAHWINAN AHLI KELAB TWISTER






Kota Tinggi, Johor-28hb Okt 2008, dua ahli kelab TWISTER telah mengakhiri zaman bujang mereka dengan menjadi suami kepada pasangan masing-masing. Tahniah untuk saudara Mohd Fairuz dengan pasanganya dan saudara Mohd Firdaus dengan Siti Aisah. Semoga perkahwinan saudara semua dirahmati dan berkekalan hingga akhir hayat.

You are Visitor #
Users Online
>