Sunday, September 21, 2008

Program Sedekah Ramadhan 1429H (2008)










Sg Kapal Pengerang-20hb September 2008. Kelab Twister telah mengadakan program sedekah ramadhan di Kg Sg Kapal Pengerang. Sebanyak 60 hamper telah dapat diberikan kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim, kurang upaya, warga tuan dan ibu-ibu tunggal di sekitar Kg Sg Kapal. Program kali ini melibatkan konvoi bekereta sebanyak 30 buah dan telah disertai oleh Kelab kereta Racing Vogue dari Kota Tinggi dan Kelab kereta Limited Motorsport dari Sg Mas. Ketua Kampong Sg Kapal, Tuan Haji Kadir Ahmad mengucapkan ribuan terimakasih kerana Sg Kapal telah dipilih untuk kali kedua program ini dan berharap golongan muda lain dapat mencontohi dan meneruskan program sedekah seperti ini dimasa akan datang. Majlis ini juga telah diserikan dengan persembahan nasyid dari pelajar-pelajar Sekolah Agama Felda Semencu. Pihak Kelab Twister ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua penderma individu dan korporat dan juga kepada Kelab Racing Vogue dan Limited Motorsports kerana sudi untuk turut serta dalam menjayakan program sedekah ramadhan pada tahun ini...by mahfidz

No comments:

You are Visitor #
Users Online
>