
Felda Pasak. Kota Tinggi, 3hb Ogos 2008-Perasmian bengkel kenderaan TWISTER AUTOGARAGE dan perlancaran produk penjimatan petrol hidro-twister telah dilakukan oleh Tuan Syed Ben Bella Al-Habshee, Presiden Kelab Sukan Bermotor Pengerang dan merangkap Pegawai Khas Ahli Parlimen Pengerang. Di majlis itu juga Kelab TWISTER telah melancarkan beberapa produk seperti minyak pelincir twister, pelbagai T-Shirt Club, produk ayam kampong sejuk beku dan lain-lain produk kelab. Bengkel ini menawarkan perkhidmatan pengubahsuaian enjin turbo dan N/A, perkhidmatan servis kenderaan biasa dan penjualan alat penjimatan bahan api hidro-twister dan minyak pelincir twister. Untuk produk penjimatan minyak hidro-twister dan minyak enjin, sila hubungi Encik Zaihan (019-7410011). Untuk produk ayam kampong sejuk beku dan benih ayam, sila hubungi Encik Nazri (013-7236085). Untuk produk t-shirt club, sila hubungi Encik Zainudin (012-7764500)....by mahfidz
No comments:
Post a Comment