























Kg Pasir Gogok & Kg Tanjung Serindit, Pengerang, Johor- 5hb Sept 2010. Bagi menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling, Kelab TWISTER dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Kota Tinggi & Persatuan Silat Lok 9 telah mengadakan Program Sedekah Ramadhan Tahun ke 6 di Kg Pasir Gogok dan Kg Tanjung Serindit. Sebanyak 50 hampers terdiri dari beras, barang-barang asas dapur dan pakaian telah dapat diberikan kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim, kurang upaya, ibu-ibu tunggal dan warga tua. Ahli-ahli Kelab TWISTER bersama rombongan, dibantu oleh Pengerusi Masjid Kg Pasir Gogok (Encik Jamaludin Yusof) dan Ketua Kampong Tg Serindit (Haji Talib) telah melakukan penyerahan hamper di pekarangan masjid masing-masing. Majlis penyerahan dimulai dengan sembahyang zuhur & asar berjemaah dan tazkirah ramadhan. Sekali lagi Kelab TWISTER ingin mengucapkan berbanyak terimakasih kepada Pengerusi Masjid Kg Pasir Gogok, Ketua Kg Tanjung Serindit dan Persatuan Pengakap kerana sudi untuk sama-sama menjayakan program sedekah ramadhan kali ini. Akhir sekali, seluruh ahli Kelab TWISTER ingin mengucapkan ribuan terimakasih tak terhingga kepada semua penderma-penderma untuk program ini dan semoga sedekah kalian diberkati dan dirahmati oleh Allah. Amin----Mahfidz