
Mulai 1hb September 2009, terdapat 2 jenis petrol yang akan dijual di stesen minyak di seluruh negara. RON 95 dijual pada harga RM1.80 per liter manakala RON 97 dijual pada harga RM2.05 per liter. Untuk pengetahuan, RON (Research Octane Number) adalah oktan rating untuk petrol tanpa plumbum yang boleh dimampatkan sebelum terbakar secara spontan (secara tidak dirancang). Bila petrol terbakar secara mampatan dan bukan kerana api dari palam pencucuh, ia akan menyebabkan "KNOCKING". Knocking boleh merosakan enjin dengan teruk. Makin tinggi nombor oktan, makin susah bagi petrol untuk terbakar secara mampatan ( terbakar secara tak dirancang). Untuk enjin kereta berkuasa tinggi dengan nisbah mampatan yang tinggi (seperti injin berkuasa TURBO), petrol RON 97 adalah sangat diperlukan untuk meningkatkan kuasa kuda dan kecekapan enjin. Untuk normal aspirated enjin (sama ada dipasang "knock sensor" atau tidak) boleh menggunakan kedua-dua petrol RON 95 dan RON 97. Pastikan anda menuang petrol yang sesuai dengan enjin kereta anda. Jika anda tak pasti, rujuk kepada buku manual kenderaan anda atau lihat maklumat di belakang penutup tangki petrol kenderaan anda atau hubungi mekanik anda. Penggunaan petrol dengan oktan rating yang salah akan menjejaskan prestasi dan kecekapan enjin kenderaan anda.........Mahfidz