Sunday, August 31, 2008

Autoshow Di Stadium Tertutup Pasir Gudang











Pasir Gudang-30 Ogos 2008, satu pertandingan "Autoshow" telah diadakan di Stadium Tertutup Pasir Gudang oleh Kelab Proton (PROCC). Sebanyak empat kategori kereta (open extreme, open standard, proton sandard & perodua standard) dan skuter telah dipertandingkan. Kelab TWISTER telah dijemput untuk menjadi pengadil pertandingan tersebut.....by mahfidz

Monday, August 25, 2008

Putri Mart AutoShow 2008 & JB Drifter


Pasaraya Putri Mart (Taman Putri Wangsa) telah mengadakan Autoshow pada 24 Ogos 2008 (Ahad). Kelab TWISTER telah menghantar beberapa kereta bersama dengan produk hidro-twister, minyak enjin dan T-Shirt kelab untuk jualan. Selepas autoshow, ahli-ahli kelab telah meninjau lokasi DRIFT JB di Bandar Nusa Jaya Gelang Patah disamping melihat aksi JB Drifter dalam situasi hujan renyai-renyai. Sila tunggu kemunculan TWISTER-DRIFT--by mahfidz

Keputusan Ujian Dyno Nissan Cefiro 2.5L Turbo



Ujian Dyno telah dilakukan pada kereta Nissan Cefiro 2.5L Turbo di Workshop VIS-Work Permas Jaya. Meskipun sessi ujian dyno belum muktamad, keputusan awal menunjukan kuasa kuda telah mencapai 341HP pada 6000 rpm.

Kereta yang dimiliki oleh ahli kelab Twister telah ditala oleh Abg Ayie dari TWISTER AUTOGARAGE

Monday, August 4, 2008

Saturday, August 2, 2008

Biro-Biro Kelab

Bagi mencapai objektif dan merealisasikan MISI serta VISI kelab, Kelab TWISTER telah menubuhkan 5 biro :-

- 1 - Biro Agama, Sosial dan Kemasyarakatan.
- 2 - Biro Ekonomi dan Keusahawanan.
- 3 - Biro Sukan, Rekreasi dan Pameran.
- 4 - Biro Kaunseling, Pendidikan dan Kerjaya.
- 5 - Biro Penerangan, Teknologi Maklumat dan Teknikal.

Syarat Keahlian

Keahlian Kelab adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang :-

- Mempunyai daya dan iltizam untuk membantu orang lain tanpa mengharap apa-apa ganjaran.
- Mempunyai disiplin diri yang tinggi dan etika kerja yang professional.
- Mempunyai kemahuan untuk memperbaiki dan meningkatkan diri sendiri.

Friday, August 1, 2008

Visi , Misi dan Objektif

Visi.

TWISTER adalah altenatif pilihan untuk semua.

Misi

-->Membangun generasi kedua rancangan tanah Felda dan kampung tradisi yang lebih maju, dinamik, berpelajaran, profesional, dermawan, progressif, berdikari, bertakwa dan berakhlak
mulia

-->Melahirkan usahawan muda dalam industri kecil dan sederhana (IKS) di setiap tanah rancangan Felda dan Kawasan Parlimen Negeri Johor.

-->Merealisasikan segala matlamat kerajaan untuk meghasilkan generasi muda yang berkualiti, produktif, profesional dan effisien.


Objektif

-->
Menghasilkan ahli-ahli kelab junior dan senior di seluruh kawasan Parlimen di Negeri Johor.
-->Mengadakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh biro-biro secara berjadual.
-->Bekerjasama dengan mana mana kelab, kementerian pertubuhan NGO dan agenci-agensi kerajaan dalam aktiviti sosial, perekonomian, keusahawanan, perlancongan, kemasyarakatan
dan lain-lain.
-->Mengurus dan melaksana operasi kelab berdasarkan kepada Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2000


Latar Belakang Kelab

Kelab TWISTER telah ditubuhkan pada bulan Jun 2004 oleh sekumpulan anak muda yang mempunyai latar belakang pendidikan dan profesion yang berlainan tetapi mempunyai visi, matlamat dan semangat yang sama iaitu untuk melahirkan satu generasi muda yang bersifat universal, berdikari, penyayang, dermawan, bertakwa, berakhlak mulia, dinamik dan progresif. Kelab TWISTER telah menjadi ahli gabungan Kelab Sukan Bermotor Pengerang (KSBMP) pada Januari 2007.
Kelab ini beroperasi di alamat No. 71-A3, Felda Air Tawar 4, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. TWISTER adalah singkatan untuk :-
T -->Technological (Berteknologi)
W -->Willing (Bersedia/Sukarela)
I --> Independent (Berdiri Atas Kaki Sendiri)
S --> Scholarly (Terpelajar)
T --> Technical (Berteknikal)
E --> Ethical (Beretika)
R--> Responsible (Bertanggungjawab)

Kelab Twister




You are Visitor #
Users Online
>