Monday, October 20, 2008

RUMAH TERBUKA HARI RAYA KELAB TWISTER








Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi-19hb Oktober 2008-Kelab Twister telah mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya aidilfitri. Majlis dimulakan dengan marhaban oleh ahli-ahli kelab yang hadir dengan suasana meriah dan harmoni. Dalam majlis ini juga ahli-ahli kelab dapat mengenali antara satu sama lain dan mengeratkan lagi hubungan siratul rahmi. Pelbagai juadah hari raya disediakan termasuklah ketupat, ayam masak madu, lodeh, sambal kacang, laksa johor dan kueh raya. Majlis telah bermula pada pukul 10 pagi dan diakhiri pada pukul 2 petang...by mahfidz

Thursday, October 2, 2008

MARHABAN & ZIARAH RAYA AIDILFITRI







Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi-1hb Oktober 2008. Sambutan hari raya di lokasi Kelab Twister telah dijalankan dengan suasana ramah mesra, harmoni dan ceria. Hubungan silahturahim di antara golongan kanak-kanak, muda, dewasa dan tua telah dapat dijalin dan dieratkan melalui aktiviti marhaban dan ziarah ke 22 buah rumah di blok A3 oleh seramai 50 orang. Majlis ini telah bermula selepas sembahyang sunat hari raya aidilfitri dan berakhir pada pukul 2:15 petang. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin.

Monday, September 29, 2008

PROGRAM SEDEKAH RAMADHAN SESSI KEDUA












Telok Sengat, Kota Tinggi-28hb September 2008. Kelab Twister meneruskan program sedekah ramadhan dengan memberi 10 hamper kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan fakir miskin di kampong sekitar Telok Sengat. Di samping hamper, pihak Kelab Twister juga telah menyumbangkan beberapa bungkusan langsir dan pakaian terpakai untuk keluarga fakir dan miskin yang terlibat. Semoga dengan sumbangan ini, diharapkan keluarga-keluarga yang berkenaan dapat menyambut ketibaan syawal dengan lebih bermakna lagi...by mahfidz

Monday, September 22, 2008

PROGRAM TADARUS & KHATAM AL QURAN 1249H/2008






Air Tawar 4, Kota Tinggi-21hb September 2008. Kelab Twister telah berjaya mengadakan program tadarus dan khatam Al Quran di Masjid Jamek Air Tawar 4. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Latif. Pengurus Felda Air Tawar 4 dan bermula selepas sholat asar dan berakhir selepas sholat maghrib. Jamuan berbuka puasa turut disediakan untuk jemputan dan ahli-ahli kelab...by mahfidz

Sunday, September 21, 2008

Program Sedekah Ramadhan 1429H (2008)










Sg Kapal Pengerang-20hb September 2008. Kelab Twister telah mengadakan program sedekah ramadhan di Kg Sg Kapal Pengerang. Sebanyak 60 hamper telah dapat diberikan kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim, kurang upaya, warga tuan dan ibu-ibu tunggal di sekitar Kg Sg Kapal. Program kali ini melibatkan konvoi bekereta sebanyak 30 buah dan telah disertai oleh Kelab kereta Racing Vogue dari Kota Tinggi dan Kelab kereta Limited Motorsport dari Sg Mas. Ketua Kampong Sg Kapal, Tuan Haji Kadir Ahmad mengucapkan ribuan terimakasih kerana Sg Kapal telah dipilih untuk kali kedua program ini dan berharap golongan muda lain dapat mencontohi dan meneruskan program sedekah seperti ini dimasa akan datang. Majlis ini juga telah diserikan dengan persembahan nasyid dari pelajar-pelajar Sekolah Agama Felda Semencu. Pihak Kelab Twister ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua penderma individu dan korporat dan juga kepada Kelab Racing Vogue dan Limited Motorsports kerana sudi untuk turut serta dalam menjayakan program sedekah ramadhan pada tahun ini...by mahfidz

Sunday, September 7, 2008

Lawatan ke Port Dickson dan Bandaraya Melaka Bersejarah





Bandaraya Melaka, 27hb Julai 2008-Kelab TWISTER telah menganjurkan aktiviti perlancungan dan riadah dengan melawat Pantai Port Dickson dan Bandaraya Melaka. Peserta rombongan diberi sepasang t-shirt percuma dari Kelab TWISTER dan berangkat dengan 2 bas persiaran yang disewa khas. Aktiviti perlancungan dan lawatan ini adalah titik permulaan bagi kelab TWISTER untuk menceburi bidang Tour and Travel dimasa akan datang...by mahfidz

Pamerah Kereta (Autoshow) Sempena Hari Belia Peringkat Negeri Johor





Mersing, 14hb Jun 2008-Kelab TWISTER telah ditugaskan untuk mengadakan pertandingan Kereta (Autoshow) sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Johor anjuran Majlis Belia Negeri Johor. Pertandingan tersebut terdiri dari 4 kategori kereta, Proton Open, Perodua Open, Kategori Terbuka dan Skuter. Pameran dan pertandingan tersebut telah diadakan dihadapan pejabat Daerah Mersing...by mahfidz
You are Visitor #
Users Online
>