Saturday, December 27, 2008
PREVIEW & KAEDAH ASTRONUMEROLOGI DINAMIK DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI
MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI


Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi-7hb Disember 2008-Sambutan hari jadi pertama adik Aisya Insyirah bte Zainudin, anak perempuan kepada Bendahari Kelab TWISTER, telah dijalankan dengan penuh keceriaan dan disajikan dengan pelbagai jenis juadah. Beberapa ahli kelab, termasuk Presiden kelab telah hadir dalam majlis tersebut.Thursday, December 25, 2008
BICARA TEKNIKAL MINGGU1

MENGENALI SISTEM PANCITAN BAHAN API (FUEL INJECTION)
Untuk mengurangkan kesan pencemaran akibat pembakaran bahanapi dan mempertingkatkan prestasi enjin pada takat optimum dengan kadar penggunaan petrol yang rendah, sistem pancitan bahanapi yang dikawal oleh komputer telah diperkenalkan pada semua jenis kenderaan. Sistem pancitan bahanapi terdiri dari 3 komponen utama iaitu INPUT yang terdiri dari sensor (alat pengesan), Unit Kawalan (ECU) dan OUTPUT yang terdiri dari relays, actuator, injectors, solenoid valve dll. Sensor adalah alat pengesan yang memberi maklumat berkaitan fungsi enjin kepada Unit Kawalan (ECU). Contoh input adalah air flow sensor (AFS), crank angle sensor (CAS), coolant temperature sensor (CTS), throttle position sensor (TPS), manifold absolute pressure (MAP), vehicle speed sensor (VSS) dan lain-lain. Alat pengesan ini menyediakan maklumat berkaitan dengan beban, suhu & rpm enjin, kedudukan throttle plate dan lain-lain lagi dan maklumat ini akan diberikan pada Unit Kawalan (ECU) untuk dianalisa dan diproses sebelum OUTPUT signal dapat dikeluarkan untuk mengerakan actuator,relay, solenoid valve, injector dalam jangkamasa yang telah ditetapkan oleh Unit Kawalan (ECU). Oleh kerana Unit Kawalan (ECU) adalah mahal dan ianya terdiri dari komponen-komponen elektronik, ianya sangat sensitif kepada elektrik statik. Sebelum anda memegang Unit Kawalan (ECU), pastikan tangan anda telah dibumikan (grounded) pada metal chasis untuk membuang semua elektrik statik dari badan anda. Pada Minggu 2, Bicara Teknikal akan membincangkan alat-alat pengesan (sensor) utama yang digunakan pada kenderaan sistem pancitan bahanapi dengan lebih terperinci lagi..... dari Mahfidz
KARNIVAL JOM INTERNET



Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi-29hb November 2008-Kelab TWISTER telah menghantar beberapa orang ahli ke Karnival Jom Internet yang dianjurkan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat luar bandar tentang penggunaan internet di dalam kehidupan seharian. Selaras dengan itu, Kelab TWISTER, melalui biro Penerangan, Teknologi Maklumat dan Teknikal, sentiasa berusaha untuk memberi penerangan, maklumat dan latihan kepada ahli-ahlinya untuk lebih celik dan peka kepada penggunaan internet.Thursday, December 18, 2008
KURSUS METAFIZIK








Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi-14hb. Disember 2008-Kelab TWISTER telah menganjurkan kursus metafizik -keadah mengenali potensi diri, kehidupan, kejayaan dan perniagaan melalui nama, tarikh lahir dan waktu lahir. Kursus ini telah diberikan oleh Encik Eddy Rosyadie seorang pakar perancangan kehidupan dari Kuala Lumpur. Seramai 23 peserta telah hadir dalam kursus yang telah berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Program ini julung kali diadakan di Daerah Kota Tinggi dan para perserta sangat berpuashati terhadap kaedah yang diguna pakai dalam merancang kehidupan masing-masing. Kelab TWISTER seterusnya akan menganjurkan program seperti ini dimasa-masa akan datang secara kerap.Saturday, December 13, 2008
IBADAH KORBAN 1429H/2008








Kg. Sungai Sembilang, Kota Tinggi-8hb. Disember 2008-Kelab TWISTER telah melakukan ibadah korban, melalui ahli-ahlinya, dengan menyembelih 2 ekor lembu. Walaupun cuaca dibasahi dengan hujan renyai-renyai sepanjang hari, ibadah korban telah dapat disempurnakan dengan kerjasama dari JKK Kampong Sg. Sembilang. Daging-daging korban kemudian telah diagih-agihkan kepada golongan miskin disekitar Telok Sengat. Sekali lagi, Kelab TWISTER ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada JKK Kampong Sg. Sembilang kerana sudi untuk menjadi hos ibadah korban tahun ini dan sama-sama menyembelih, melapah dan membungkus daging-daging korban...by mahfidz
Sunday, December 7, 2008
MAJLIS PERKAHWINAN AHLI KELAB TWISTER





Kota Tinggi, Johor-28hb Okt 2008, dua ahli kelab TWISTER telah mengakhiri zaman bujang mereka dengan menjadi suami kepada pasangan masing-masing. Tahniah untuk saudara Mohd Fairuz dengan pasanganya dan saudara Mohd Firdaus dengan Siti Aisah. Semoga perkahwinan saudara semua dirahmati dan berkekalan hingga akhir hayat.
Subscribe to:
Posts (Atom)

