Monday, May 11, 2009

TWISTER FARM DI EKSPO PERDAGANGAN BELI BARANGAN MALAYSIA









Pusat Konvension Persada Johor, Johor Bahru, 6hb ~ 10hb Mei 2009-Ekspo Perdagangan Beli Barangan Malaysia, anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Peringkat Negeri Johor telah dirasmikan oleh YB Dato' Tan Lian Hoe, Timb. Menteri KPDNHEP. TWISTER FARM telah turut serta dalam ekspo ini dengan menengahkan produk-produk berkaitan dengan ternakan ayam kampung tulen & organik dan tanaman hidroponik. TWISTER FARM adalah salah satu syarikat dalam naungan Biro Ekonomi dan Keusahawanan Kelab TWISTER. TWISTER FARM menjalankan aktiviti perniagaan berkaitan dengan ternakan ayam kampung tulen & organik, akuakultur dan tanaman hidroponik. Aktiviti-aktiviti utama termasuklah membekal & membaikpulih mesin eraman (inkubator), penetasan (hatchery), pembekalan anak ayam kampung, telor & produk ayam kampung dan penyediaan latihan berkaitan dengan ternakan ayam kampung tulen & organik. Selain itu, TWISTER FARM juga terlibat dalam pembekalan peralatan dan aktiviti tanaman hidroponik dan juga aktiviti akuakultur seperti ternakan ikan keli bio. Jika anda berminat atau untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Encik Muhamad Nazri (HP: 013-7236085) atau Encik Hairul (019-7746415) atau Encik Hamid (HP: 016-7704499) atau e-mail: twister.farm@yahoo.com.my untuk khidmat pakar runding, tempahan atau lawatan ke tapak projek TWISTER FARM.... mahfidz

Saturday, May 9, 2009

SUMBANGAN KEPADA AJK KUARTER HOSPITAL SULTAN ISMAIL, JOHOR





Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, 9hb Mei 2009- Sebagai golongan yang sentiasa perihatin kepada aktiviti sosial dan kemasyarakatan, Kelab TWISTER, melalui TWISTER Farm dan Biro Agama, Sosial & Kemasyarakatan Kelab TWISTER, telah menyumbangkan produk ayam kampong kepada Dr. Mohamad Haslan, Pengerusi AJK Kuarter Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru sempena majlis sambutan Maulidur Rasul 1430H anjuran Kuarter HSI. Menurut Dr. Mohamad Haslan, sambutan Maulidur Rasul ini adalah acara tahunan untuk semua penghuni Kuarter Hospital Sultan Ismail. Diharapkan hubungan yang lebih erat akan dapat dijalin diantara Kelab TWISTER dan AJK Kuarter HSI supaya lebih banyak lagi aktiviti berfaedah boleh dilaksanakan bersama dimasa-masa akan datang. Terimakasih kepada semua ahli TWISTER yang terlibat dalam program ini..... mahfidz
You are Visitor #
Users Online
>