Monday, October 20, 2008

RUMAH TERBUKA HARI RAYA KELAB TWISTER








Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi-19hb Oktober 2008-Kelab Twister telah mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya aidilfitri. Majlis dimulakan dengan marhaban oleh ahli-ahli kelab yang hadir dengan suasana meriah dan harmoni. Dalam majlis ini juga ahli-ahli kelab dapat mengenali antara satu sama lain dan mengeratkan lagi hubungan siratul rahmi. Pelbagai juadah hari raya disediakan termasuklah ketupat, ayam masak madu, lodeh, sambal kacang, laksa johor dan kueh raya. Majlis telah bermula pada pukul 10 pagi dan diakhiri pada pukul 2 petang...by mahfidz

Thursday, October 2, 2008

MARHABAN & ZIARAH RAYA AIDILFITRI







Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi-1hb Oktober 2008. Sambutan hari raya di lokasi Kelab Twister telah dijalankan dengan suasana ramah mesra, harmoni dan ceria. Hubungan silahturahim di antara golongan kanak-kanak, muda, dewasa dan tua telah dapat dijalin dan dieratkan melalui aktiviti marhaban dan ziarah ke 22 buah rumah di blok A3 oleh seramai 50 orang. Majlis ini telah bermula selepas sembahyang sunat hari raya aidilfitri dan berakhir pada pukul 2:15 petang. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin.
You are Visitor #
Users Online
>