Monday, September 29, 2008

PROGRAM SEDEKAH RAMADHAN SESSI KEDUA












Telok Sengat, Kota Tinggi-28hb September 2008. Kelab Twister meneruskan program sedekah ramadhan dengan memberi 10 hamper kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan fakir miskin di kampong sekitar Telok Sengat. Di samping hamper, pihak Kelab Twister juga telah menyumbangkan beberapa bungkusan langsir dan pakaian terpakai untuk keluarga fakir dan miskin yang terlibat. Semoga dengan sumbangan ini, diharapkan keluarga-keluarga yang berkenaan dapat menyambut ketibaan syawal dengan lebih bermakna lagi...by mahfidz

Monday, September 22, 2008

PROGRAM TADARUS & KHATAM AL QURAN 1249H/2008






Air Tawar 4, Kota Tinggi-21hb September 2008. Kelab Twister telah berjaya mengadakan program tadarus dan khatam Al Quran di Masjid Jamek Air Tawar 4. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Latif. Pengurus Felda Air Tawar 4 dan bermula selepas sholat asar dan berakhir selepas sholat maghrib. Jamuan berbuka puasa turut disediakan untuk jemputan dan ahli-ahli kelab...by mahfidz

Sunday, September 21, 2008

Program Sedekah Ramadhan 1429H (2008)










Sg Kapal Pengerang-20hb September 2008. Kelab Twister telah mengadakan program sedekah ramadhan di Kg Sg Kapal Pengerang. Sebanyak 60 hamper telah dapat diberikan kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim, kurang upaya, warga tuan dan ibu-ibu tunggal di sekitar Kg Sg Kapal. Program kali ini melibatkan konvoi bekereta sebanyak 30 buah dan telah disertai oleh Kelab kereta Racing Vogue dari Kota Tinggi dan Kelab kereta Limited Motorsport dari Sg Mas. Ketua Kampong Sg Kapal, Tuan Haji Kadir Ahmad mengucapkan ribuan terimakasih kerana Sg Kapal telah dipilih untuk kali kedua program ini dan berharap golongan muda lain dapat mencontohi dan meneruskan program sedekah seperti ini dimasa akan datang. Majlis ini juga telah diserikan dengan persembahan nasyid dari pelajar-pelajar Sekolah Agama Felda Semencu. Pihak Kelab Twister ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua penderma individu dan korporat dan juga kepada Kelab Racing Vogue dan Limited Motorsports kerana sudi untuk turut serta dalam menjayakan program sedekah ramadhan pada tahun ini...by mahfidz

Sunday, September 7, 2008

Lawatan ke Port Dickson dan Bandaraya Melaka Bersejarah





Bandaraya Melaka, 27hb Julai 2008-Kelab TWISTER telah menganjurkan aktiviti perlancungan dan riadah dengan melawat Pantai Port Dickson dan Bandaraya Melaka. Peserta rombongan diberi sepasang t-shirt percuma dari Kelab TWISTER dan berangkat dengan 2 bas persiaran yang disewa khas. Aktiviti perlancungan dan lawatan ini adalah titik permulaan bagi kelab TWISTER untuk menceburi bidang Tour and Travel dimasa akan datang...by mahfidz

Pamerah Kereta (Autoshow) Sempena Hari Belia Peringkat Negeri Johor





Mersing, 14hb Jun 2008-Kelab TWISTER telah ditugaskan untuk mengadakan pertandingan Kereta (Autoshow) sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Johor anjuran Majlis Belia Negeri Johor. Pertandingan tersebut terdiri dari 4 kategori kereta, Proton Open, Perodua Open, Kategori Terbuka dan Skuter. Pameran dan pertandingan tersebut telah diadakan dihadapan pejabat Daerah Mersing...by mahfidz

Pameran Kereta (Autoshow) Sempena Hari Anti Dadah Antarabangsa





Bukit Easter, Kota Tinggi, 28hb Jun 2008-Kelab TWISTER telah ditugaskan untuk mengadakan pameran kereta sempena Hari Anti Dadah Antarabangsa (HADA) 2008 yang dianjurkan oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan Negeri Johor dan dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri. Kelab TWISTER bersama-sama dengan Kelab Pantera dan Royal Samurai telah mempamerkan beberapa buah kereta yang telah dimodifikasi dan termasuklah sistem audio.

Program I-CARE bersama Proton Edar Masai





Masai, Pasir Gudang-11hb May 2008, Kelab TWISTER telah dijemput untuk memeriahkan lagi Program I-CARE anjuran Proton Edar (Kulis Auto Sdn Bhd). Dalam majlis itu, kelab TWISTER telah mempamerkan produk penjimatan bahan api hidro-twister serta beberapa kereta kelab yang telah dipasang hidro-twister dan pengecas turbo...by mahfidz

Perasmian Bengkel Kenderaan TWISTER AUTOGARAGE






Felda Pasak. Kota Tinggi, 3hb Ogos 2008-Perasmian bengkel kenderaan TWISTER AUTOGARAGE dan perlancaran produk penjimatan petrol hidro-twister telah dilakukan oleh Tuan Syed Ben Bella Al-Habshee, Presiden Kelab Sukan Bermotor Pengerang dan merangkap Pegawai Khas Ahli Parlimen Pengerang. Di majlis itu juga Kelab TWISTER telah melancarkan beberapa produk seperti minyak pelincir twister, pelbagai T-Shirt Club, produk ayam kampong sejuk beku dan lain-lain produk kelab. Bengkel ini menawarkan perkhidmatan pengubahsuaian enjin turbo dan N/A, perkhidmatan servis kenderaan biasa dan penjualan alat penjimatan bahan api hidro-twister dan minyak pelincir twister. Untuk produk penjimatan minyak hidro-twister dan minyak enjin, sila hubungi Encik Zaihan (019-7410011). Untuk produk ayam kampong sejuk beku dan benih ayam, sila hubungi Encik Nazri (013-7236085). Untuk produk t-shirt club, sila hubungi Encik Zainudin (012-7764500)....by mahfidz
You are Visitor #
Users Online
>